Monday, 13 February 2012

OBJEKTIF UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JPN SABAH


OBJEKTIF
UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF
 

Berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah melalui latihan bagi peningkatan prestasi pendidikan negeri Sabah berdasarkan perancangan dan strategi latihan / kursus untuk mencapai hasrat berikut:

  1. Memberi peluang kepada setiap kakitangan JPN Sabah menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari dalam setahun.
  2. Menjalankan kursus Program Tranformasi Minda kepada semua staf yang layak dalam tahun semasa.
  3. Memproses semua borang-borang permohonan cuti belajar bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  4. Memproses borang-borang permohonan mengikuti Pengajian Secara Jarak Jauh serta kelulusan Belajar Secara Jarak Jauh.
  5. Memproses borang-borang permohonan kursus jangka pendek / jangka panjang dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Memproses lapor diri pegawai selepas tamat cuti belajar untuk tujuan penempatan semula.