OBJEKTIF
UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF
Berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan sekolah melalui latihan bagi peningkatan prestasi
pendidikan negeri Sabah berdasarkan perancangan dan strategi latihan / kursus
untuk mencapai hasrat berikut:
- Memberi peluang kepada setiap kakitangan JPN Sabah menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari dalam setahun.
- Menjalankan kursus Program Tranformasi Minda kepada semua staf yang layak dalam tahun semasa.
- Memproses semua borang-borang permohonan cuti belajar bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Memproses borang-borang permohonan mengikuti Pengajian Secara Jarak Jauh serta kelulusan Belajar Secara Jarak Jauh.
- Memproses borang-borang permohonan kursus jangka pendek / jangka panjang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memproses lapor diri pegawai selepas tamat cuti belajar untuk tujuan penempatan semula.
No comments:
Post a Comment